Kaedah Bayaran Balik

Bayaran Tunai Melalui Kaunter

  • Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau
  • Kaunter Perkhidmatan Bank Islam Malaysia Berhad; atau
  • Kaunter Perkhidmatan Bank Muamalat Malaysia Berhad; atau
  • Pos Malaysia Berhad.

 

Potongan Gaji

  • Muat turun Borang Potongan Gaji LTKWBNS  di sini
  • Borang perlu dilengkapkan oleh peminjam sebelum arahan potongan gaji melalui majikan dikeluarkan.

 

Pengeluaran KWSP

  • Peminjam perlu membuat permohonan kepada Urus Setia (boleh dibuat melalui email, surat atau panggilan telefon)
  • Surat pengeluaran KWSP dan dokumen berkaitan akan dikeluarkan oleh Urus Setia
  • Peminjam perlu membuat permohonan kepada KWSP dengan mengemukakan Surat Pengeluaran KWSP dan dokumen berkaitan.

Cek Peribadi/ Bank Draf/ Wang Pos/ Kiriman Wang 

  • Bayaran hendaklah dibuat atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.
  • Sila catatkan Nama dan No. Rujukan fail pelajar di belakang ”Cek Peribadi/ Bank Draf/ Wang Pos/ Kiriman Wang”.

 

Arahan Tetap Bank (Standing Instruction)

  • Peminjam perlu memohon kepada bank masing-masing yang menyediakan kemudahan tersebut
  • Bayaran hendaklah ditujukan atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.
  • Sila catatkan Nama dan No. Rujukan fail pelajar semasa permohonan.

 

Perkhidmatan e-banking

  • CIMB Bank Berhad melalui laman web: (Bayar Kepada: Kerajaan Negeri Selangor – Pinjaman Pelajaran). Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2295 6100 CIMB Bank Call Centre; atau
  • Bank Islam Malaysia Berhad melalui laman web: www.bankislam.com.my. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2698 8008/ 03-2691 3993 – (Help Desk).

                                                                               

Pembayaran melalui Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine) TIDAK DITERIMA SAMA SEKALI