Pengurangan Bayaran Balik

PENGENALAN

Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah (Convertible Loan) merupakan satu insentif pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor kepada penerima Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor.

Merupakan pengurangan atau pengecualian ke atas jumlah keseluruhan Pinjaman Pelajaran bagi penerima yang telah menamatkan pengajian. 

 

SYARAT-SYARAT


Pemohon wajib memenuhi semua syarat berikut:

  1. Merupakan penerima Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya menerusi tajaan TKWBNS;
  2. telah menamatkan pengajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan berdasarkan Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor;
  3. merupakan peminjam di peringkat Sijil (bagi peminjam tahun 2012 dan ke atas sahaja), Diploma atau Ijazah Sarjana Muda;
  4. memperolehi CGPA terakhir 3.20 dan ke atas (Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda Pelbagai) atau Lulus Ijazah Perubatan/ Pembedahan/ Pergigian/ Verterinar;
  5. menamatkan pengajian selepas 31 Disember 2002 (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda); dan
  6. telah menerima Transkrip Rasmi keputusan keseluruhan pengajian dan Sijil Kelulusan Senat daripada IPT.

 

PROSEDUR PERMOHONAN

  • Muat Turun Borang Permohonan daripada pautan Muat Turun Borang
  • Lengkapkan dan lampirkan bersama Salinan Transkrip Rasmi dan Sijil Kelulusan Senat yang telah disahkan oleh pihak HEP/HEA IPT masing-masing
  • Hantar melalui pos atau serahan tangan kepada URUS SETIA TKWBNS (penghantaran melalui email TIDAK DITERIMA)
  • Keputusan akan diberikan dalam tempoh sebulan selepas Urus Setia mendapat kelulusan daripada Lembaga TKWBNS

 

Peminjam dinasihatkan untuk membuat permohonan sebaik sahaja Transkrip Rasmi dan Sijil Kelulusan Senat diperolehi.

Bagi permohonan yang dibuat selepas 2 tahun dari tarikh tamat tajaan, pengurangan hanya akan dibuat ke atas baki jumlah bayaran balik semasa sahaja.

Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat sahaja akan diproses dan dipertimbangkan.