ARAHAN & PANDUAN

5495







 

 

MELENGKAPKAN PERMOHONAN SECARA ONLINE ATAU BERTULIS ( SEBELUM TEMUDUGA )

1. SILA PASTIKAN PENGESAHAN PENDAPATAN DISERTAKAN PADA PERMOHONAN JIKA

       - BAPA ATAU IBU TIDAK BEKERJA / SURI RUMAH
         - BEKERJA SENDIRI ATAU MEMPUNYAI PENDAPATAN LAIN
         - PESARA KERAJAAN ( JIKA IBU & BAPA ), SILA SERTAKAN PENYATA PERSARAAN DARIPADA JPA

2. SILA PASTIKAN PERAKUAN PEMASTAUTIN DI DALAM NEGERI SELANGOR DISERTAKAN PADA PERMOHONAN JIKA

      - PEMOHON, IBU DAN BAPA TIDAK LAHIR DI NEGERI SELANGOR

PERHATIAN & PENTING

- PENGESAHAN PERAKUAN PENDAPATAN & PEMASTAUTIN HANYA BOLEH DISAHKAN OLEH Y.B ADUN, PENGHULU MUKIM, KETUA KAMPUNG / PENGERUSI JKKK, PENGERUSI PERSATUAN / KRT PENDUDUK, PENGERUSI PERAWAKILAN PENDUDUK ZON, KETUA BLOK / JMB PERUMAHAN BERTINGKAT SAHAJA. 

- SELAIN DARIPADA YANG DINYATAKAN DI ATAS SEPERTI ORANG BESAR DAERAH, PEGAWAI KERAJAAN, PESURUHJAYA SUMPAH, JAKSA PENDAMAI, NAZIR KARIAH MASJID / PENGERUSI SURAU, AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN, KETUA KOMUNITI, KETUA NGO,  DAN PEMIMPIN PARTI POLITIK YANG BUKAN MEMEGANG JAWATAN Y.B ADUN KAWASAN ADALAHTIDAK BOLEH MENGESAHKAN PERAKUAN PENDAPATAN & PEMASTAUTIN BAGI PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN.







MELENGKAPKAN PERMOHONAN SECARA ONLINE ATAU BERTULIS  ( SELEPAS TEMUDUGA )

KEPADA YANG BERJAYA DITAWARKAN PINJAMAN PELAJARAN SELEPAS TEMUDUGA, ANDA BOLEH RUJUK PANDUAN MELENGKAPKAN DOKUMEN PERJANJIAN INI.

1.  SILA LOG - IN MENGGUNAKAN KAD PENGENALAN DAN PASSWORD YANG SAMA SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN SEBELUM TEMUDUGA.

2. CETAK SURAT TAWARAN DAN BACA SETIAP PERINCIAN YANG DINYATAKAN PADA SURAT TAWARAN TERSEBUT. (JIKA ADA SEBARANG KESILAPAN ATAU INGIN MENGUBAH TEMPOH PENGAJIAN, SILA HUBUNGI URUS SETIA DI TALIAN 03 - 5521 2275 / 03 - 5544 7484)

 pageone

3.  DAPATKAN DUA ORANG PENJAMIN YANG TERDIRI DARIPADA IBU / BAPA / ADIK - BERADIK TERDEKAT / SAUDARA - MARA  / RAKAN - RAKAN.

PENJAMIN PERTAMA

  • WARGANEGARA MALAYSIA ( PEMASTAUTIN TETAP / BUKAN WARGANEGARA ADALAH TIDAK DIBENARKAN )
  • TIADA HAD UMUR
  • PENDAPATAN TETAP SEKURANG-KURANGNYA RM 1000.00 SEBULAN KAKITANGAN AWAM & RM 1500.00 SEBULAN BAGI KAKITANGAN SWASTA / BEKERJA SENDIRI  
  • BERKEMAMPUAN MEMBAYAR BALIK PINJAMAN SEKIRANYA PEMINJAM GAGAL MENJELASKAN PINJAMAN
  • TIDAK DISENARAI HITAMKAN DI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

PENJAMIN KEDUA

  • WARGANEGARA MALAYSIA ( PEMASTAUTIN TETAP / BUKAN WARGANEGARA ADALAH TIDAK DIBENARKAN )
  • UMUR DI BAWAH 45 TAHUN SAHAJA
  • BUKAN TERDIRI DARIPADA IBU ATAU BAPA YANG TELAH MENJADI PENJAMIN PERTAMA
  • PENDAPATAN TETAP SEBULAN SEKURANG-KURANGNYA RM 1000.00 SEBULAN BAGI KAKITANGAN AWAM & RM 1500.00 BAGI SWASTA / BEKERJA SENDIRI 
  • BERKEMAMPUAN MEMBAYAR BALIK PINJAMAN SEKIRANYA PEMINJAM GAGAL MENJELASKAN PINJAMAN
  • TIDAK DISENARAI HITAMKAN DI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

4.  ISI MAKLUMAT - MAKLUMAT PENJAMIN KE DALAM SISTEM ONLINE. PASTIKAN MAKLUMAT TERSEBUT DIISI DENGAN CERMAT, TEPAT DAN DIAKUI BENAR.

 penjaminpertama

 

penjaminkedua

 

5.  SILA BUKA AKAUN BANK MUAMALAT SAHAJA DI CAWANGAN YANG BERHAMPIRAN. ANDA BOLEH RUJUK CAWANGAN BANK MUAMALAT DENGAN KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH( JIKA ANDA TELAH MEMPUNYAI AKAUN BANK MUAMALAT, PASTIKAN AKAUN TERSEBUT MASIH AKTIF ).  DIGALAKKAN PEMOHON MEMBAWA SURAT TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR UNTUK RUJUKAN PEGAWAI BANK MUAMALAT. PAUTAN DI BAWAH MERUPAKAN SENARAI CAWANGAN BANK MUAMALAT DI SELURUH MALAYSIA.

http://www.muamalat.com.my/contact-us/our-branches/

6.  MUAT NAIK MUKA HADAPAN BUKU AKAUN BANK MUAMALAT ATAU PENYATA BANK MUAMALAT YANG TERTERA NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN, NOMBOR AKAUN DAN MASUKKAN NOMBOR AKAUN DENGAN TEPAT BAGI TUJUAN PEMBAYARAN.

 

contohmukadepanbukuakaun

 

maklumatakaun

 

 

PERHATIAN

SURAT SENARAI SEMAK, DOKUMEN PERJANJIAN, SURAT TAWARAN, BORANG RINGKASAN MAKLUMAT PELAJAR & PENJAMIN, SERTA PANDUAN MENGISI BORANG AKAN DIPAPARKAN SELEPAS ANDA MELENGKAPKAN MAKLUMAT ORANG RUJUKAN, MAKLUMAT PENJAMIN, SERTA MAKLUMAT AKAUN PEMOHON.

*NOTA : JIKA INGIN MEMBUAT PERUBAHAN PADA MAKLUMAT - MAKLUMAT PENJAMIN ATAU NOMBOR AKAUN BANK MUAMALAT (JIKA TERDAPAT KESALAHAN ATAU SEBAGAINYA, ANDA BOLEH LAKUKAN DEMIKIAN DENGAN KLIK PADA PAUTAN KEMASKINI MAKLUMAT. 

 

pagefour

 







 

MELENGKAPKAN PERMOHONAN SECARA ONLINE ATAU  BERTULIS  ( SELEPAS TEMUDUGA )

SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PANDUAN MELENGKAPKAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

PANDUAN MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PELAJARAN icon penting

KEGAGALAN MELENGKAPKAN BORANG SERTA MENGEMUKAKAN DOKUMEN BERKAITAN MUNGKIN MENYEBABKAN PERMOHONAN ANDA AKAN DITOLAK.