JENIS PEMBIAYAAN

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1987 berpandukan kepada `State of Selangor Enactment No. 4 of 1949 – Enakmen TKWBNS ( Pindaan 2001 ) bertujuan memberi pembiayaan pendidikan kepada anak Selangor dan penjawat awam negeri Selangor. 

 

TKWBNS diletakkan di bawah pengurusan Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Buat masa kini, TKWBNS menawarkan pembiayaan pendidikan di bawah program-program berikut:

 

1. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (pelajar IPTA/IPTS dalam negara)

2. Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor (penjawat awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Badan Berkanun dan PBT Negeri Selangor)

3. Program Khas Kakitangan Akademik Negeri Selangor (Tenaga Pengajar INPENS)

4. Program Khas Biasiswa DYMM Sultan Selangor (khas bagi pelajar Sekolah Alam Shah)

5. Program Khas Biasiswa Selangorku (bagi mahasiswa UNISEL dan KUIS sahaja)

6. Program Khas Universiti Islam Madinah, Arab Saudi (program kerjasama JAIS)

7. Program Khas Selangor Brain Bank (pengajian PhD luar negara)

Penawaran bagi setiap program ini akan dimaklumkan di portal ini dari semasa ke semasa.