Program Khas Biasiswa Selangorku

SENARAI PENAWARAN BIASISWA SAGONG TASI & BIASISWA SELANGORKU (RAYUAN)

TAHUN 2018

UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

INPENS

  

 

Program ini merupakan satu program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan rendah.

Keutamaan juga diberikan kepada pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang baik.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat-Syarat Permohonan Keterangan
Kelahiran

Pemohon dan ibu bapa merupakan Warganegara MALAYSIA; dan
Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau

Pemohon telah bermastautin lebih dari sebelas (11) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Peringkat Pengajian Pemohon TELAH MENDAFTARKAN DIRI untuk melanjutkan pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)
Penajaan

Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PEMBIAYAAN (BIASISWA/PINJAMAN/ZAKAT DLL) dari lain-lain penaja. Pemohon yang pernah menerima Biasiswa Selangorku tidak layak untuk memohon.

Pencapaian Akademik Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Tahun Pengajian Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/MENGULANG/MELANJUTKAN TEMPOH PENGAJIAN (EXTEND)

Syarat Akademik

Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda Pertama

Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Diploma

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

KADAR PEMBIAYAAN BIASISWA

1. Yuran Pengajian

Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak UNISEL/KUIS. 

2. Elaun Sara Diri

Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

 

PERMOHONAN TELAH DITUTUP