Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara

PINJAMAN BOLEH UBAH LUAR NEGARA

TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR

BAGI PENGAJIAN DI JORDAN, MAGHRIBI DAN MESIR

Syarat Kelayakan Permohonan

 

Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia;

Pemohon, ibu atau bapa lahir dan menetap di Selangor; atau

Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sebelas (11) tahun di Selangor;

 

Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa bagi pengajian seperti berikut:

-       Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan Mesir

-       Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Bahasa Arab Maghribi dan Jordan

-       Ijazah Sarjana Muda Perbankan Jordan

-       Ijazah Sarjana Pengajian Islam Mesir dan Maghribi

-       Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam Maghribi

 

Telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya JAYYID (GOOD) dalam peperiksaan tahun 1 bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pemohon bukan pelajar semester terakhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.

Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000;

Pelajar dan/atau ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS; dan

Pemohon tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana penaja.

Keutamaan akan diberikan kepada anak Selangor yang mempunyai keputusan akademik yang CEMERLANG

Kadar Tajaan

Peduli Siswa Luar Negara Kadar Setahun (RM)
Sains Perubatan Mesir 15,000
Sarjana Mesir 9,600
Jordan dan Maghribi 15,000

Tempoh Tajaan

Tajaan adalah bermula daripada tarikh kuatkuasa surat tawaran sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

Pengurangan Bayaran Balik

Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pinjaman akan diberikan pengurangan bayaran balik berdasarkan keputusan terakhir peperiksaan.

Peringkat Pengajian Pencapaian Terakhir Peratus Bayaran Balik
Ijazah Sarjana Muda Mumtaz 0%
Jayyid Jiddan 50%
Jayyid 75%
Maqbul 100%
Gagal 100%
Sarjana Lulus dalam tempoh ditetapkan 0%
Lulus dengan pelanjutan tempoh 100%
Gagal 100%
Doktor Falsafah Lulus dalam tempoh ditetapkan 0%
Lulus dengan pelanjutan tempoh 100%
Gagal 100%


CARA MEMOHON:

                                                                                               

Muat turun borang permohonan di DISINI

                                                                             

Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan hendaklah dihantar kepada:

 

Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir

Asrama Selangor Kaherah,

Kompleks Asrama Pelajar-Pelajar Malaysia

Tooba El Ramly, El Hayyu El `Asyir,

Nasr City Kaherah Mesir

 

Permohonan yang dihantar selain daripada alamat di atas TIDAK AKAN DIPROSES.

 

Tarikh tutup permohonan:

 

Maghribi        : 4 Oktober 2018

Jordan           : 8 Oktober 2018

Mesir              : 10 Oktober 2018

 

Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urus setia berikut:

1.Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir

Asrama Selangor Kaherah,

Kompleks Asrama Pelajar-Pelajar Malaysia

Tooba El Ramly, El Hayyu El `Asyir,

Nasr City Kaherah Mesir

Emel   :

2.Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Tel       : 03-5521 2275 / 03-5544 7543

Emel   :