Biasiswa Sagong Tasi

JATA NEGERI Copy

TAWARAN PROGRAM KHAS BIASISWA SAGONG TASI

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

TAHUN 2019

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Program Khas Biasiswa Selangorku bagi mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana dan Sungai Buloh), Universiti Islam Antarabangsa (Gombak), Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi), Universiti Putra Malaysia (Serdang), Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), dan Kolej Antarabangsa INPENS.

 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di IPT berkenaan dan berpendapatan rendah.

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

Syarat-Syarat Permohonan Keterangan
Kelahiran

Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; dan

Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan

Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau

Pemohon telah bermastautin lebih dari sebelas (11) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Peringkat Pengajian

Pemohon telah mendaftar pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di IPT berkenaan

 (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)

Penajaan Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN  dari lain-lain penaja 
Pencapaian Akademik Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Tahun Pengajian Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.

 

SYARAT AKADEMIK

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti

          berikut:

Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda Pertama

Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Diploma

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

 

KADAR PEMBIAYAAN BIASISWA

 1. Yuran Pengajian

    Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti. 

2. Elaun Sara Diri

    Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

 

          PROSEDUR PERMOHONAN
  • Permohonan adalah secara manual sahaja. Borang Permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my
  • Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  • Hanya pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Biasiswa.
  • Panggilan sesi temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak melalui laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my
  • Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas dalam tempoh SEBULAN selepas tarikh tutup permohonan.
  • Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti masing-masing atau terus ke alamat berikut : 

     Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor

     Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

     Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran

     Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

     40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tarikh permohonan: Di buka sepanjang tahun

 

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN