Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor

MB

TAWARAN BIASISWA KHAS

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR (TKWBNS) DAN

DERMASISWA ZAKAT (MAIS)

BIDANG PENGAJIAN ISLAM, BAHASA ARAB DAN ULUM ISLAMIAH

KE UNIVERSITI DI MESIR DAN JORDAN SESI 2020/2021

  

SYARAT AM

Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :-                       

  • Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; ATAU
  • Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari tiga (3) tahun di Negeri Selangor.

 

SYARAT KHUSUS

MESIR (PENGAJIAN ISLAM/BAHASA ARAB)

 STAM (2019)                                                                                              

  • Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM; DAN
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris SERTA sekurang-kurangnya Gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.

 

MESIR (ULUM ISLAMIAH)

SPM (2019)

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi kepujian sekurang-kurangnya Gred B bagi semua mata pelajaran yang diambil; DAN
  • Sekurang-kurangnya Gred A- dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah; SERTA
  • Sekurang-kurangnya memperolehi kepujian bagi mata pelajaran selebihnya DAN
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Tahfiz al-Quran (SKTQ) dan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ) atau yang setaraf dengannya ; ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya

 

JORDAN (PENGAJIAN ISLAM/BAHASA ARAB)

SPM (2019)

  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A-, bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah; SERTA
  • Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran ( SMATQ ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah; ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya

 

CARA MEMOHON

  • Borang permohonan boleh dimuat turun mulai dari tarikh yang akan dimaklumkan kelak
  • Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
  • STAM - Akan dimaklumkan
  •  SPM   - 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.
  • Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja.
  • Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2020/2021 sahaja akan diproses.
  • Pemohon yang telah berjaya dalam sesi pemilihan akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga.
  • Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.
  • Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, boleh berhubung dengan Unit Pengajian Tinggi Jabatan Agama Islam Selangor di talian 03 5514 3576.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan oleh pegawai Kumpulan A hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

 

UNIT PENGAJIAN TINGGI,BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,

TINGKAT 3, MENARA UTARA,

BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,

NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK, SEKSYEN 5,

40676 SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN.

 

Borang Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) (Jordan)

Borang Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS)  (Mesir)