Program Khas Biasiswa DYMM Sultan Selangor

Biasiswa DYMM Sultan Selangor merupakan satu biasiswa yang diwujudkan khas dengan titah DYMM Sultan Selangor di mana seorang pelajar Sekolah Alam Shah akan dipilih sebagai penerima pada setiap tahun.

Penerima Biasiswa DYMM Sultan Selangor akan menerima elaun sara diri sepanjang pengajian di Sekolah Alam Shah dan ditaja sepenuhnya untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda pertama sama ada di dalam atau luar negara.

Pemilihan calon dibuat oleh pihak Sekolah Alam Shah dengan pertimbangan kelulusan oleh Lembaga TKWBNS.

Pemilihan calon adalah berdasarkan kecemerlangan akademik dan latar belakang pelajar.

Sehingga kini, 4 pelajar Sekolah Alam Shah telah ditaja di bawah program ini.