Program Khas Biasiswa Selangorku

KEPUTUSAN PERMOHONAN BIASISWA SELANGORKU BIL. 1 TAHUN 2017 baru 1  

Program ini merupakan satu program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan rendah.

Keutamaan juga diberikan kepada pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang baik. Seramai 110 pelajar daripada UNISEL dan KUIS telah ditawarkan Biasiswa ini untuk pengambilan pertama pada Mac 2016.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat-Syarat Permohonan Keterangan
Kelahiran

Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau

Pemohon telah bermastautin lebih dari sebelas (11) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Peringkat Pengajian Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)
Penajaan Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja 
Pencapaian Akademik Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Tahun Pengajian Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Syarat Akademik

Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda Pertama

Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Diploma

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

KADAR PEMBIAYAAN BIASISWA

1. Yuran Pengajian

Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak UNISEL/KUIS. 

2. Elaun Sara Diri

Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

3. Permohonan

Permohonan dibuka bermula 19 Disember 2016 hingga 16 Januari 2017 sebelum jam 4.00 petang ke :

Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam,                               Selangor Darul Ehsan

 

 PERMOHONAN BELUM DIBUKA