Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor

Pemohon mestilah terdiri daripada pegawai/ kakitangan awam yang berkhidmat di Jabatan/ Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor yang berpotensi dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Lanjutan dengan memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

 

  1. Pemohon merupakan pegawai / kakitangan Kerajaan Negeri bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dalam semua skim perkhidmatan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan secara tetap;
  2. Pemohon telah disahkan dalam jawatan;
  3. Pemohon bersih daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib;
  4. Pemohon  mempunyai  Laporan  Nilaian  Prestasi  Tahunan  (LNPT)  yang cemerlang (purata 85% markah minimum untuk tiga (3) tahun berturut-turut);
  5. Pemohon telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma Lepasan Ijazah/ Sarjana (Master)/ Doktor Falsafah (Ph.D) secara sambilan di IPTA/ IPTS Tempatan;
  6. Pemohon  tidak  mengikuti  pengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada kelayakan yang sedia ada dimiliki;
  7. Bidang pengajian adalah berkaitan dengan tugas pemohon dan dianggap perlu atas dasar kepentingan perkhidmatan serta diluluskan oleh Ketua Jabatan;
  8. Pemohon belum/ tiada menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain-lain penaja; dan
  9. Pemohon telah memperolehi pencapaian akademik yang baik di peringkat Ijazah  Pertama dengan PNGK / CGPA sekurang-kurangnya 2.50.

 

Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun. Borang permohonan boleh dimuat turun di sini