Program Khas Peduli Siswa

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut :


Syarat Am

i.   Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia;
ii.  Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau
iii. Pemohon telah bermastautin lebih daripada lima (5) tahun di Selangor;
iv. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan di Universiti Awam berikut:

a.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Gombak)
b.  Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Bangi)
c.  Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang)
d. Universiti Teknologi MARA (Kampus Shah Alam / Puncak Alam / Puncak Perdana)

e.  Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.

 

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR

 

Syarat Akademik

i. Diploma
   - Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata              pelajaran di peringkat SPM; atau
   - Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

ii. Ijazah Sarjana Muda
   - Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma                dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau   

   - Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata              pelajaran di peringkat STPM; atau
   - Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana          mata pelajaran di peringkat STAM.

iii. Ijazah Perubatan
   - Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian / Veterinar di            Universiti Awam yang disenaraikan.


Kadar Pembiayaan

PERINGKAT PENGAJIAN JUMLAH PEMBIAYAAN SETAHUN PEDULI SISWA
 (RM)
Diploma 4,900.00
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai) 6,500.00
Ijazah Perubatan 7,000.00

Tajaan

Tajaan adalah bermula daripada tarikh mula pengajian sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

Pengurangan Bayaran Balik

Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA / PNGK akhir pelajar.

Peringkat Pengajian Pencapaian PNGK / CGPA Terakhir Peratus Pengurangan
Diploma/ Ijazah Sarjana (semua bidang pengajian) 3.75 hingga 4.00 100%
3.50 hingga 3.74 50%
3.20 hingga 3.49 25%
3.19 dan ke bawah 0%
Ijazah Perubatan LULUS 100%


Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

i.   tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran;

ii.  tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian; dan

iii. mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS

 

PERMOHONAN SESI KEDUA DIBUKA PADA 1 - 31 OGOS 2017.

Untuk pemohon yang baru mendaftar, sila klik di sini 

Untuk pemohon yang telah mendaftar pada sesi - sesi lepas, sila klik di sini