Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara

         JATA NEGERI Copy

 

BIASISWA KHAS DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

DAN PINJAMAN BOLEH UBAH LUAR NEGARA

TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR

BAGI PENGAJIAN DI JORDAN DAN MAGHRIBI TAHUN 2020

 


Pelajar adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah di Jordan dan Maghribi bagi tahun 2020

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  

Syarat Am

Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:       

  1. Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
  2. Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
  3. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Selangor.
  4. Telah memulakan pengajian secara sepenuh masa diperingkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD;
  5. Bukan pelajar semester terakhir atau diberikan lanjutan tempoh Pengajian;
  6. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM 20,000 sebulan;
  7. Pelajar dan/atau Ibu dan/atau Bapa dan/atau ahli keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS. 

 

Syarat Akademik

a.   Pinjaman Boleh Ubah

i.  Telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya JAYYID (GOOD) dalam peperiksaan terkini bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda; atau

ii.   Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

iii.  Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

iv. Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (Jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

 

b.   Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor

        i.   Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A-bagi

             mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-SunnahSERTA

       ii.   Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya.

       iii.  Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dan Sijil Menengah Agama

            Tahfiz Al-Quran (SMATQ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana

            sekolah; ATAU

       iv.  Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang

            setaraf dengannya

** Keutamaan akan diberikan kepada anak Selangor yang mempunyai keputusan akademik yang CEMERLANG.

 

 

KADAR TAJAAN

1. Pinjaman Boleh Ubah

RM15,000 setahun bagi semua peringkat pengajian.

 

2. Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar

Biasiswa penuh yang merangkumi yuran pengajian, tiket penerbangan pergi dan balik, elaun sara hidup, elaun penginapan, elaun buku, dan lain-lain elaun.

  

                                                           TEMPOH TAJAAN

 

Tajaan adalah bermula daripada tarikh kuatkuasa surat tawaran sehingga tamat pengajian seperti  yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

 

                                              PENGURANGAN BAYARAN BALIK

 

Pembiayaan yang diberikan dalam bentuk Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah akan diberikan pengurangan bayaran balik berdasarkan keputusan terakhir peperiksaan dan dasar semasa TKWBNS.

 

                                                    PROSEDUR PERMOHONAN

 

Muat turun borang permohonan DISINI, sertakan bersama :

  • 1 salinan penyata CCRIS terkini
  • 1 salinan penyata KWSP (ibu, bapa / penjaga yang mencarum KWSP)
  • 1 salinan penyata kewangan syarikat bagi tahun semasa (ibu, bapa / penjaga yang berniaga dan memiliki syarikat sendiri

Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan

hendaklah diemelkan kepada 

Borang permohonan yang asal hendaklah disimpan dan dibawa semasa sesi temuduga yang

akan dijalankan di negara pengajian masing-masing.

Tarikh tutup permohonan: TELAH DITUTUP

-  Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

-  Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urus setia berikut:

 

1. Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran

    Bahagian Pengrusan Sumber Manusia

    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

    Tel   : 03-5521 2275 / 03-5544 7543

    Emel:

 

2. Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir

    Asrama Selangor Kaherah 

    Kompleks Asrama Pelajar-Pelajar Malaysia

    Tooba El Ramly, El Hayyu El'Asyir

    Nasr City Kaherah Mesir

    Tel   : +201100107280/ 011-4854 2004

    Emel: