Biasiswa Sagong Tasi (Peringkat Sekolah Menengah)

JATA NEGERI Copy

TAWARAN BIASISWA SAGONG TASI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
NEGERI SELANGOR
TAHUN 2021

  

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa kepada pelajar sekolah menengah di Negeri Selangor bagi tahun 2021. Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.

 

                                  SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN                              

Biasiswa Sagong Tasi merupakan biasiswa khas untuk pelajar Orang Asli yang menuntut di sekolah menengah di Negeri Selangor. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

KETERANGAN

KELAHIRAN

 Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; dan

 Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut   Akta 134 –   Akta Orang Asli Tahun 1954; dan

 Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

 Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau

 Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri   Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi   JKKK/ Ketua Kampung.

PERINGKAT PENGAJIAN

 Pemohon sedang menuntut di peringkat sekolah menengah (Tingkatan   1 sehingga Tingkatan 6) di Negeri Selangor.

PENAJAAN

 Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/   BANTUAN KEWANGAN  dari lain-lain penaja 

PENCAPAIAN AKADEMIK

 Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan   diberi keutamaan

 

                                                 PROSEDUR PERMOHONAN                                                

Permohonan adalah secara manual sahaja, Borang Permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my

-       Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

-       Hanya pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Biasiswa.

-       Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas dalam tempoh SEBULAN selepas tarikh tutup permohonan.

-       Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di sekolah masing-masing atau terus ke alamat berikut :

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran

Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 

TARIKH PERMOHONAN: 30 APRIL 2021 SEHINGGA 30 JUN 2021

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN