Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor

MB

TAWARAN BIASISWA KHAS

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR (TKWBNS) DAN

DERMASISWA ZAKAT (MAIS) LEPASAN SPM & STAM 2019

 

BIDANG PENGAJIAN ISLAM, BAHASA ARAB DAN ULUM ISLAMIAH

KE UNIVERSITI DI MESIR DAN JORDAN SESI 2020/2021

  

SYARAT AM

Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :-                       

 

  • Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; ATAU
  • Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari tiga (3) tahun di Negeri Selangor.

 

SYARAT KHUSUS

 

MESIR (PENGAJIAN ISLAM/BAHASA ARAB)

 STAM (2019)                                                                                              

  • Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM; DAN
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris SERTA sekurang-kurangnya Gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
  • Sekurang-kurangnya memperolehi kepujian bagi mata pelajaran selebihnya DAN;
  •  Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Tahfiz al-Quran (SKTQ) dan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ) atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya

 

MESIR (ULUM ISLAMIAH)

SPM (2019)

  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A- , bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'sarah, Pengajian Syariah Islamiah / Al-Syariah dan Pengajian alQuran dan as-sunnah/Usul al-Din, ATAU Manahij al-Ulum alIslamiah/ Al-Adab wa al Balaghah ; SERTA 
  • Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ) dari Maahad Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah; ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya

 

JORDAN (PENGAJIAN ISLAM/BAHASA ARAB)

SPM (2019)

  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A-, bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'sarah, Pengajian Syariah Islamiah / Al-Syariah dan Pengajian alQuran dan as-sunnah/Usul al-Din, ATAU Manahij al-Ulum alIslamiah/ Al-Adab wa al Balaghah ; SERTA
  • Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran ( SMATQ ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah; ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya

 

CARA MEMOHON

 1. Borang permohonan boleh dimuat turun DISINI-JORDAN dan DISINI-MESIR mulai 27 Januari 2020 atau melalui laman web berikut:

 2. Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 3. Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja

 4. Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2020/2021 sahaja akan diproses.

 5. Bagi Dermasiswa Zakat, setiap pemohon akan dinilai berdasarkan pengiraan had kifayah yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

 6. Pemohon yang telah berjaya dalam sesi pemilihan akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga

 7.  Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap tidak berjaya

 8. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi ditalian Unit Pengajian Tinggi,Bahagian Pendidkan Islam JAIS di talian 03 5514 3576 atau email

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 STAM - 12 Februari 2020 (Rabu)

 SPM   - 3 April 2020 (Jumaat)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan oleh pegawai Kumpulan A hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

 

UNIT PENGAJIAN TINGGI,BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,

TINGKAT 3, MENARA UTARA,

BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,

NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK, SEKSYEN 5,

40676 SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN.