Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN 

Pemohon mestilah terdiri daripada pegawai/kakitangan awam LANTIKAN NEGERI yang berkhidmat di Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri Selangor yang berpontensi dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Lanjutan dengan memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:-

  • Pemohon merupakan pegawai / Kakitangan Kerajaan Negeri bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dalam semua skim perkhidmatan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan secara tetap.
  • Pemohon telah berkhidmat minimum 3 tahun di bawah Pentadbiran SUK Selangor.
  • Pemohon telah disahkan dalam jawatan

  • Pemohon bersih daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib

  • Pemohon mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan(LNPT) yang cemerlang (purata 85% markah minimum untuk tiga (3) tahun berturut- turut)

  • Pemohon telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma Lepasan Ijazah/ Sarjana (Master)/ Doktor Falsafah (Ph.D) secara sambilan di IPTA/ IPTS tempatan

  • Pemohon tidak mengikuti mengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada kelayakan yang sedia ada dimiliki

  • Had umur, tempoh penajaan dan tempoh kontrak  bagi Program Khas Kakitangan Awam adalah seperti berikut :-

 

** Kelayakan umur adalah tertakluk kepada jangkamasa pegawai dapat menghabiskan tempoh kontrak sebelum persaraannya.

 

PERMOHONAN DIBUKA SEPANJANG MASA

SILA KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN