SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Pemohon merupakan pegawai di Jabatan / Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri Selangor bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dalam semua skim perkhidmatan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan secara tetap
- Pemohon telah berkhidmat minimum 5 tahun di bawah Pentadbiran SUK Selangor;
- Pemohon perlu melengkapkan kursus dengan keputusan cemerlang dan sekiranya gagal menamatkan pengajian, pegawai perlu membayar semua jumlah pinjaman
- Pemohon yang merupakan Kumpulan Pengurusan dan Profesional lantikan negeri boleh ditawarkan Pinjaman Boleh Ubah manakala pemohon yang merupakan pegawai lantikan Persekutuan akan diberikan Pinjaman
- Pemohon telah disahkan dalam jawatan;
- Pemohon bersih daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib
- Pemohon mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan(LNPT) yang cemerlang (purata 85% markah minimum untuk tiga (3) tahun berturut- turut)
- Pemohon telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian Kursus Professional secara sambilan di IPTA/ IPTS tempatan; dan
- Pemohon tidak mengikuti mengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada kelayakan yang sedia ada dimiliki
- Bidang pengajian adalah berkaitan dengan tugas pemohon dan dianggap perlu atas dasar kepentingan perkhidmatan serta diluluskan oleh Ketua Jabatan;
- Pemohon belum/ tiada menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain lain penaja;
- Pemohon telah memperolehi pencapaian akademik yang baik di peringkat Ijazah Pertama dengan PNGK/ CGPA sekurang-kurangnya 2.50
BIDANG PENGAJIAN
Berikut merupakan antara senarai kursus professional yang akan diberi tajaan di bawah program Kursus Profesional :
i. ACCA (Chartered Association of Certified Accountants Foundation Stage + Certificate Stage + Professional Stage
ii. AIA (Association of International Accountants Foundation + Professional 1 + Professional 2
iii. CIMA (Chartered Institute of Management Accountants Foundation Level + Intermediate Level + Final Level
iv. CIFP (Chartered Islamic Finance Professional) International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF)
v. CFA (Chartered Financial Analyst)
vi. CLP (Certified of Legal Practice) / Sijil Amalan Guaman
vii. CIA (Certified Internal Auditor)
viii. CPA (Certified Public Accountants)
ix. ICSA (Institute of Chartered Secretaries & Administration)
x. Associateship of The Malaysian Insurance Institute (AMII)
xi. Malaysian Institute of Accountants Qualifying Examination (MIA QE)
xii. International Certificate in Risk Management (CIRM) oleh The Malaysian Insurance Institute (MII)
*Pemohon boleh mengemukakan permohonan bagi kursus-kursus selain daripada yang disenaraikan, dan kelulusan adalah tertakluk kepada pertimbangan oleh Lembaga