Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara

PROGRAM PINJAMAN BOLEH UBAH LUAR NEGARA

BAGI LEPASAN SPM/ STPM DAN STAM TAHUN 2021

----------------------------------------------------------------------------

 

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

Syarat Am

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:       

                  i.        Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan

                 ii.        Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau

                iii.        Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih sepuluh (10) tahun di Selangor.

  1. Bukan pelajar semester akhir atau diberikan lanjutan tempoh Pengajian;
  2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan;
  3. Pelajar, Ibu, Bapa, ahli keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS; dan
  4. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar).
  5. Pemohon merupakan pelajar lepasan SPM/ STPM dan STAM tahun 2021

Syarat Akademik

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu; dan
  2. Telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya JAYYID (GOOD) dalam peperiksaan terkini bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda; atau
  3. Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM selain mata pelajaran dinyatakan di (i); atau
  4. Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  5. Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (Jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

 

JUMLAH PEMBIAYAAN 

NEGARA

PERINGKAT PENGAJIAN JUMLAH
Mesir

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Arab dan sebagainya

Ijazah Perubatan/Pergigian

Ijazah Sarjana Pengajian Islam/Arab dan sebagainya RM9,600 Setahun

 *Tidak Dibuka Untuk Peringkat Doktor Falsafah

RM 6,500 setahun

RM15,000 setahun

RM 9,600 setahun

Jordan/Maghribi

Untuk Semua Peringkat Pengajian

RM15,000 setahun

 

TEMPOH PEMBIAYAAN

Pembiayaan adalah bermula daripada tarikh kuat kuasa surat tawaran TKWBNS sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

 

PENGURANGAN BAYARAN BALIK

Pembiayaan yang diberikan dalam bentuk Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah akan diberikan pengurangan bayaran balik berdasarkan keputusan terakhir peperiksaan dan dasar semasa TKWBNS

 

PROSEDUR PERMOHONAN 

Permohonan adalah secara dalam talian sahaja. Sila layari laman sesawang di https://danapendidikan.selangor.gov.my di bawah kategori Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara. 

-       Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

-       Pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara.

-       Panggilan sesi temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak melalui laman web rasmi di https://danapendidikan.selangor.gov.my

 

MAKLUMAT LANJUT 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia seperti berikut:

Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Tel: 03-5521 2275/ 03-5544 7543

Emel:

 

Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir

Asrama Selangor Kaherah

Kompleks Asrama Pelajar-Pelajar Malaysia

Tooba El Ramly, El Hayyu El'Asyir

Nasr City Kaherah Mesir

Tel: +201100107280/ 011-4854 2004

Emel: