ARAHAN & PANDUAN (TKWBNS)

Arahan dan Panduan TKWBNS

Melengkapkan permohonan secara online atau bertulis (sebelum temuduga)

1. Sila Pastikan Pengesahan Pendapatan disertakan pada Permohonan jika:

a.

Bapa atau ibu tidak bekerja / suri rumah

b.Bekerja sendiri atau mempunyai pendapatan lain
c.Pesara kerajaan (jika ibu & bapa), sila sertakan penyata persaraan daripada JPA

2. Sila Pastikan Perakuan Pemastautin di Dalam Negeri Selangor disertakan pada Permohonan jika:

a.

Pemohon, ibu dan bapa tidak lahir di negeri Selangor


PERHATIAN & PENTING

- Pengesahan Perakuan Pendapatan & Pemastautin Hanya Boleh Disahkan Oleh Y.B Adun, Penghulu Mukim, Ketua Kampung / Pengerusi JKKK, Pengerusi Persatuan / KRT Penduduk, Pengerusi Perwakilan Penduduk Zon, Ketua Blok / Jmb Perumahan Bertingkat Sahaja. 

- Selain daripada yang dinyatakan di atas seperti Orang Besar Daerah, Pegawai Kerajaan, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Nazir Kariah Masjid / Pengerusi Surau, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, Ketua Komuniti, Ketua NGO,  dan Pemimpin Parti Politik yang bukan memegang jawatan Y.B Adun Kawasan adalah tidak boleh Mengesahkan Perakuan Pendapatan & Pemastautin bagi Permohonan Pinjaman Pelajaran.


PANDUAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN MELALUI AKAUN 2 KWSP (I-AKAUN)