Program Khas Biasiswa DYMM Sultan Selangor

SYARAT AM
Biasiswa DYMM Sultan Selangor merupakan satu biasiswa yang diwujudkan khas dengan titah DYMM Sultan Selangor di mana seorang pelajar dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya akan dipilih sebagai penerima pada setiap tahun.

Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

1.

Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; dan

2.Pemohon, ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
3.Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Selangor.
4.Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM 20,000 sebulan;
5.Pemohon sedang menuntut di peringkat sekolah menengah (Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5) di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
6.Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN dari lain-lain penaja
7.Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan

Penerima Biasiswa DYMM Sultan Selangor akan menerima elaun sara diri sepanjang pengajian di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan ditaja sepenuhnya untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda pertama sama ada di dalam atau luar negara.


Pemilihan calon dibuat oleh pihak sekolah tersebut dengan pertimbangan kelulusan oleh Lembaga TKWBNS. Pemilihan calon adalah berdasarkan kecemerlangan akademik dan latar belakang pelajar. Sehingga kini, lima orang pelajar sekolah ini telah ditaja di bawah program ini.