Tabung-Pendidikan Anak-anak dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor (Warga Kerja)

SYARAT KHUSUS

1.

Terbuka kepada warga kerja Anak Syarikat/ Badan Berkanun yang berjawatan tetap atau kontrak seperti berikut:

a)

Warga kerja berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan serta telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dengan Anak Syarikat/ Badan Berkanun; atau

b)

Warga kerja yang berkhidmat secara kontrak sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dengan Anak Syarikat/ Badan Berkanun dan mempunyai baki perkhidmatan sekurang-kurangnya enam (6) bulan daripada tarikh permohonan.

2.

Telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian secara separuh masa untuk kursus yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) / Institusi-institusi yang berkaitan/ Badan-badan bertauliah/ Profesional di mana-mana Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Kursus pengajian hendaklah mengikut keperluan dan/ atau relevan dengan bidang tugas di Anak Syarikat/ Badan Berkanun masing-masing. Warga kerja yang sedang mengikuti pengajian juga boleh memohon dengan syarat tempoh pengajian masih berbaki sekurang-kurangnya satu (1) semester semasa permohonan diterima oleh Anak Syarikat/ Badan Berkanun masing-masing;

3.

Mencapai sekurang-kurangnya tahap memuaskan dalam penilaian prestasi tahunan warga kerja selama tiga (3) tahun terdahulu secara berturut-turut;

4.

Mempunyai rekod disiplin yang baik dan tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib/ disiplin untuk tempoh tiga (3) tahun sebelum permohonan;

5.

Permohonan hendaklah mendapat sokongan dan pelepasan daripada Pengurus Besar/ Ketua Pegawai Eksekutif Anak Syarikat/Badan Berkanun masing-masing; dan

6.

Tempoh senggang selama 12 bulan dikenakan bagi permohonan baru yang berturutan apabila mana-mana program pengajian semasa berjaya ditamatkan oleh penerima biasiswa.

7.

Walaubagaimanapun, tempoh ikatan berkhidmat bagi perjanjian baru akan mengambil kira tempoh ikatan berkhidmat terdahulu.