Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor

SYARAT AM
Pemohon mestilah terdiri daripada pegawai/kakitangan awam LANTIKAN NEGERI & GUNASAMA yang berkhidmat di Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri Selangor yang berpontensi dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah secara sambilan dengan memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:-
1.Pemohon merupakan pegawai / Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri Selangor bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gunasama yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap atau Kumpulan Pengurusan Profesional (P&P) Lantikan Negeri Contract of Service atau
2.Pemohon merupakan pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 29 sehingga 40 Lantikan Negeri di Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri Selangor dalam semua skim perkhidmatan yang berjawatan tetap sahaja
3.Tempoh Berkhidmat (Kontrak) - Pemohon telah berkhidmat minimum 5 tahun di bawah Pentadbiran SUK Selangor dan mempunyai baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 12 bulan daripada tarikh permohonan
4.Tempoh Berkhidmat (Tetap) - Pemohon telah berkhidmat minimum 3 tahun di bawah Pentadbiran SUK Selangor bagi pemohon berjawatan tetap
5.Pemohon telah disahkan dalam jawatan
6.Pemohon bersih daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib
7.Pemohon mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang (purata 85% markah minimum untuk tiga (3) tahun berturut- turut)
8.Pemohon telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian secara sambilan di Universiti Awam dan Universiti Swasta di peringkat seperti berikut :
- Kumpulan Pelaksana : Ijazah Sarjana Muda sahaja
- Kumpulan Pengurusan & Profesional : Pascasiswazah atau Kursus Profesional
9.Pemohon tidak mengikuti pengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada kelayakan yang sedia ada dimiliki
10.Pemohon telah memperolehi pencapaian akademik yang baik di peringkat kelulusan tertinggi seperti berikut :
- Kumpulan P&P : Minimum CGPA 2.75 bagi Ijazah Sarjana Muda dan
- Kumpulan Pelaksana : Minimum CGPA 2.75 bagi Diploma/ kelayakan yang setaraf
11.Had umur, tempoh penajaan dan tempoh kontrak bagi Program Khas Kakitangan Awam adalah seperti berikut:
PERINGKAT PENGAJIANHAD UMUR

(TAHUN)*

TEMPOH TAJAAN

(TAHUN)

TEMPOH IKATAN KONTRAK

(TAHUN)

SARJANA MUDA5043
SARJANA501-35
PHD453-57

 ** Kelayakan umur adalah tertakluk kepada jangkamasa pegawai dapat menghabiskan tempoh kontrak sebelum persaraannya