Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara (PBULN)
Pelajar adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah di Mesir, Jordan dan Maghribi
| SYARAT AM |
| 1. | Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
| ||||||
| 2. | Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian SEPENUH MASA peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah di universiti yang diiktiraf di Mesir, Jordan dan Maghribi | ||||||
| 3. | Bukan pelajar semester akhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian. | ||||||
| 4. | Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan. | ||||||
| 5. | Pelajar, Ibu, Bapa, ahli keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS. | ||||||
| 6. | Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar). |
| SYARAT AKADEMIK |
| i. | Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu; dan |
| ii. | Telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya JAYYID (GOOD) dalam peperiksaan terkini bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda; atau |
| iii. | Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM selain mata pelajaran dinyatakan di (i); atau |
| iv. | Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau |
| v. | Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (Jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM. |
| KADAR PEMBIAYAAN |
| 1. | Mesir |
| PERINGKAT PENGAJIAN | JUMLAH |
| Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Arab dan sebagainya | RM 6,500.00 setahun |
| Ijazah Sarjana Pengajian Islam/Arab dan sebagainya | RM 9,600.00 setahun |
2. | Jordan/Maghribi |
| RM15,000 setahun untuk semua peringkat pengajian. |