KADAR BAYARAN BALIK

Peminjam dikehendaki membayar balik pinjaman pelajaran selepas 6 bulan tamat pengajian.

Jadual pembayaran balik adalah seperti berikut:

Jumlah Pinjaman Kadar Bayaran Balik Bulanan Tempoh (bulan)
RM5,000 ke bawah RM139 12-36
RM5,001-RM10,000 RM157 32-64
RM10,001-RM15,000 RM190 53-79
RM15,001-RM20,000 RM209 72-96
RM20,001-RM25,000 RM221 91-113
RM25,001-RM30,000 RM239 109-131
RM30,001-RM35,000 RM247 122-142
RM35,001-RM40,000 RM261 134-154
RM40,001-RM45,000 RM273 147-165
RM45,001-RM50,000 RM283 159-177


Peminjam yang GAGAL MEMATUHI jadual pembayaran balik seperti yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan oleh Lembaga TKWBNS.

PENGURANGAN BAYARAN BALIK

 

PENGENALAN


Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (Convertible Loan) merupakan satu insentif pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor kepada penerima Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.


Kemudahan ini merupakan pengurangan atau pengecualian ke atas jumlah keseluruhan Pinjaman Pelajaran bagi penerima yang telah menamatkan pengajian. Jumlah pengurangan adalah berdasarkan kecemerlangan pelajaran secara keseluruhan.


SYARAT-SYARAT


Pemohon wajib memenuhi semua syarat berikut:


  1. Merupakan penerima Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya menerusi tajaan TKWBNS;
  2. Telah menamatkan pengajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan berdasarkan Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor;
  3. Merupakan peminjam di peringkat Sijil (bagi peminjam tahun 2012 dan ke atas sahaja), Diploma atau Ijazah Sarjana Muda;
  4. Menamatkan pengajian selepas 31 Disember 2002 (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda); dan
  5. Telah menerima Transkrip Rasmi keputusan keseluruhan pengajian dan Sijil Kelulusan Senat daripada IPT.


 

KADAR PENGURANGAN


*Kadar pengurangan ini berkuatkuasa bermula 01 JUN 2019

KADAR PENGURANGAN BAGI PINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA


Peringkat Pengajian

Pencapaian PNGK/CGPA Terakhir

Kadar Pengurangan Bayaran Balik

Sijil IPTA atau Diploma

3.75 – 4.00

25%

Sijil Teknikal

Lulus

50%

Gagal

0%

Ijazah Sarjana Muda Pelbagai

3.75 – 4.00

100%

3.50 – 3.74

50%

3.49 dan ke bawah

0%

Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pergigian

Lulus dalam tempoh yang ditetapkan

100%

Lulus dengan pelanjutan tempoh

0%

Gagal

0%


KADAR PENGURANGAN BAGI PINJAMAN BOLEH UBAH LUAR NEGARA (TIMUR TENGAH)

 

Peringkat Pengajian

Pencapaian PNGK/CGPA Terakhir

Kadar Pengurangan Bayaran Balik


Ijazah Sarjana Muda (semua bidang)

Mumtaz

100%

Jayyid Jiddan

50%

Jayyid

25%

Maqbul

0%

Gagal


Sarjana

Lulus dalam tempoh ditetapkan

100%

Lulus dengan perlanjutan tempoh

0%

Gagal


Doktor Falsafah

Lulus dalam tempoh ditetapkan

100%

Lulus dengan perlanjutan tempoh

0%

Gagal

 


PROSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN BOLEH UBAH



  • Permohonan dibuat melalui atas talian (online) https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login
  • Sila cipta (create) akaun dan isi Lapor Diri Tamat Pengajian terlebih dahulu sehingga diluluskan
  • Isi Permohonan Pengurangan Bayaran Balik @ Pinjaman Boleh Ubah setelah Lapor Diri Tamat Pengajian diluluskan
  • Setelah mengisi secara atas talian, pemohon diminta untuk menghantar dokumen yang diperlukan secara fizikal kepada urusetia TKWBNS
  • Muat Turun Borang Permohonan daripada pautan Muat Turun Borang
  • Lengkapkan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti Salinan Transkrip Rasmi dan Salinan Sijil Kelulusan Senat (Skrol) yang telah disahkan oleh pihak HEP/HEA IPT masing-masing
  • Dokumen mestilah mempunyai tandatangan yang asal (original) dari pihak universiti
  • Hantar melalui pos atau serahan tangan kepada URUS SETIA TKWBNS (penghantaran melalui email TIDAK DITERIMA)
  • Keputusan akan diberikan dalam tempoh sebulan selepas Urus Setia mendapat kelulusan daripada Lembaga TKWBNS


Peminjam dinasihatkan untuk membuat permohonan sebaik sahaja Transkrip Rasmi dan Sijil Kelulusan Senat diperolehi.

 

Bagi permohonan yang dibuat selepas 2 tahun dari tarikh tamat tajaan, pengurangan hanya akan dibuat ke atas baki jumlah bayaran balik semasa sahaja.

 

Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat sahaja akan diproses dan dipertimbangkan.

 






KAEDAH BAYARAN BALIK

Bayaran Tunai Melalui Kaunter

  • Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau
  • Kaunter Perkhidmatan Bank Islam Malaysia Berhad; atau
  • Kaunter Perkhidmatan Bank Muamalat Malaysia Berhad; atau
  • Pos Malaysia Berhad.

 

Potongan Gaji

  • Muat turun Borang Potongan Gaji LTKWBNS  di sini
  • Borang perlu dilengkapkan oleh peminjam sebelum arahan potongan gaji melalui majikan dikeluarkan.

 

Pengeluaran KWSP

  • Peminjam perlu membuat permohonan kepada Urus Setia (boleh dibuat melalui email, surat atau panggilan telefon)
  • Surat pengeluaran KWSP dan dokumen berkaitan akan dikeluarkan oleh Urus Setia
  • Peminjam perlu membuat permohonan kepada KWSP dengan mengemukakan Surat Pengeluaran KWSP dan dokumen berkaitan.


Cek Peribadi/ Bank Draf/ Wang Pos/ Kiriman Wang 

  • Bayaran hendaklah dibuat atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.
  • Sila catatkan Nama dan No. Rujukan fail pelajar di belakang ”Cek Peribadi/ Bank Draf/ Wang Pos/ Kiriman Wang”.

 

Arahan Tetap Bank (Standing Instruction)

  • Peminjam perlu memohon kepada bank masing-masing yang menyediakan kemudahan tersebut
  • Bayaran hendaklah ditujukan atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.
  • Sila catatkan Nama dan No. Rujukan fail pelajar semasa permohonan.

 

Perkhidmatan e-banking

  • CIMB Bank Berhad melalui laman web: (Bayar Kepada: Kerajaan Negeri Selangor – Pinjaman Pelajaran). Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2295 6100 CIMB Bank Call Centre; atau
  • Bank Islam Malaysia Berhad melalui laman web: www.bankislam.com. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2698 8008/ 03-2691 3993 – (Help Desk).

                                                                               

Pembayaran melalui Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine) TIDAK DITERIMA SAMA SEKALI

PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MELALUI JOMPAY

Bermula Januari 2017, peminjam boleh membuat pembayaran balik Pinjaman Pelajaran melalui kaedah JOMPAY.

Kod bil dan butiran pembayaran adalah seperti berikut:-

JOMPAY CROP

  jom pay step

 

 JOMPAY BOLEH DIBUAT MELALUI 42 BANK BERIKUT:

BANKS