Pinjaman Yayasan Selangor

PORTAL YAYASAN SELANGOR

Sila Klik Pautan untuk Maklumat Lebih Lanjut:

Maklumat Lanjut


SYARAT - SYARAT KELAYAKAN PERMOHONANN

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.

SYARAT KELAHIRAN
SYARAT-SYARAT PERMOHONANKETERANGAN
KELAHIRAN
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau lahir di Wilayah Persekutuan sebelum 01 Februari 1974 atau telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada  ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.
  • Pemohon daripada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita ( pendapatan ibu-bapa bahagi jumlah tanggungan ) kurang RM 3,000.00 Sebulan.
  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia.
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja.
  • Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil – sijil profesional / seluruh negara adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
PENAJAAN
  • Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN daripada lain-lain penaja atau bantuan  kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau Luar Negara layak memohon.
  • Pelajar  yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.
  • Pelajar yang telah / pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan didalam pengajian Pensijilan atau Diploma, tidak layak untuk memohon. Sekiranya pernah menerima pinjaman pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.