TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR (TKWBNS)
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1987 berpandukan kepada 'State of Selangor Enactment No. 4 of 1949 - Enakmen TKWBNS (Pindaan 2001)' bertujuan memberi pembiayaan pendidikan kepada anak Selangor dan penjawat awam negeri Selangor. TKWBNS diletakkan di bawah pengurusan Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Buat masa ini, TKWBNS menawarkan pelbagai pembiayaan pendidikan. |