Tabung-Pendidikan Anak-anak dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor (Anak Warga Kerja)

SYARAT KHUSUS

1.

Terbuka kepada anak warga kerja Anak Syarikat/ Badan Berkanun yang berjawatan tetap atau kontrak seperti berikut:

a)

Warga kerja berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan serta telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dengan Anak Syarikat/ Badan Berkanun; atau

b)

Warga kerja yang berkhidmat secara kontrak sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dengan Anak Syarikat/ Badan Berkanun dan mempunyai baki perkhidmatan sekurang-kurangnya enam (6) bulan daripada tarikh permohonan.

2.

Anak warga kerja hendaklah berumur 18 tahun sehingga 25 tahun

SYARAT AKADEMIK

1.

Memiliki syarat kelayakan akademik minimum (mana yang berkaitan) seperti berikut:

a)

Permohonan pengajian ke peringkat Diploma

Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan SPM atau STPM / STAM (sekurang-kurangnya 3A) atau mana-mana Sijil yang diiktiraf setaraf dengan kelulusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.0 atau markah lulus sekurang-kurangnya 80%.

b)

Permohonan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda

Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan SPM atau STPM / STAM (sekurang-kurangnya 3A) atau telah mempunyai Diploma, Sijil Matrikulasi atau mana-mana sijil yang diiktiraf setaraf dengan kelulusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.0.

2.

Telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa untuk kursus di peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Kursus Profesional yang diiktiraf oleh MQA di mana-mana Universiti Awam (UA) atau Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia; atau

3.

Telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa untuk kursus ACCA/ Kursus Profesional Yang Setaraf Dengan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan PNGK sekurang-kurangnya 3.0 dan markah lulus sekurang-kurangnya 80% dalam CAT atau kursus berkaitan.

4.

Bagi permohonan pelajar yang sedang dalam pengajian, pelajar perlu mendapat CGPA 3.0 ke atas bagi keputusan peperiksaan pengajian semasa dengan syarat tempoh pengajian berbaki sekurang-kurangnya satu (1) tahun. Dalam hal ini, keperluan syarat kelayakan akademik minimum di para 1(a) dan 1(b) di atas adalah tidak terpakai.

 TAJAAN LAIN

Anak warga kerja yang menerima tajaan biasiswa TPASBB yang akan mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS di bawah kerajaan Negeri Selangor (UNISEL, KUIS, INSPENS) tidak boleh menerima lain-lain tajaan biasiswa pendidikan.

Anak warga kerja yang menerima tajaan biasiswa TPASBB yang akan mengikuti pengajian di IPTS selain UNISEL, KUIS dan INSPENS juga tidak boleh menerima lain-lain bentuk tajaan biasiswa.

Anak warga kerja yang menerima biasiswa TPASBB yang akan mengikuti pengajian di IPTS selain UNISEL, KUIS dan INSPENS dibenarkan untuk membuat pinjaman pendidikan bagi menampung kekurangan biasiswa.


 PENAJAAN KHAS

Permohonan biasiswa daripada anak kepada warga kerja yang meninggal dunia di dalam tempoh perkhidmatan masih boleh dipertimbangkan untuk diberikan kemudahan biasiswa ini dengan syarat tempoh perkhidmatan warga kerja adalah sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. Permohonan boleh dipertimbangkan dalam tempoh 10 tahun daripada tarikh kematian bagi warga kerja tetap manakala lima (5) tahun bagi warga kerja kontrak.