Biasiswa Sagong Tasi Peringkat Pengajian Tinggi

SYARAT AM

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Program Khas Biasiswa Sagong Tasi bagi mengikuti pengajian di Universiti Awam (seluruh Malaysia) dan Universiti Swasta seperti Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Islam Selangor (UIS),  dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC).

Biasiswa Sagong Tasi merupakan biasiswa khas untuk pelajar Orang Asli yang menuntut di IPT seperti yang dinyatakan diatas.

Program Khas Biasiswa Sagong Tasi untuk anak Selangor yang belajar di IPT berkenaan dan berpendapatan rendah.

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

SYARAT-SYARAT PERMOHONANKETERANGAN
KELAHIRAN
  • Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; dan
  • Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Pemohon telah mendaftar pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)
PENAJAAN
  • Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN dari lain-lain penaja
PENCAPAIAN AKADEMIK
  • Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
TAHUN PENGAJIAN
  • Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.
 KADAR PEMBIAYAAN
1.Yuran Pengajian

Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti.

2.Elaun Sara Diri

Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.