Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor (Top100 Universities)

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh untuk yang layak bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah (PhD) di 100 Universiti terkemuka (mengikut ranking by Subject tahun semasa QS World University Ranking). Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.


* Calon Biasiswa Khas Dato Menteri Besar Selangor Top100 akan disenarai pendek berdasarkan permohonan di bawah Program Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara Top100. Permohonan boleh dibuat di https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login

SYARAT AM
1.Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
i.Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
ii.Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
iii.Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih sepuluh (10) tahun di Selangor.
2.Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
3.

Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

4.Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa
5.Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif
6.Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain
7.Pendapatan isi rrumah tidak melebihi RM20,000 sebulan
8.Sihat tubuh badan
9.Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah
10.

Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan

11.Universiti yang ditawarkan perlu tersenarai dalam Top 100 QS World Ranking tahun semasa mengikut bidang-bidang yang disenaraikan
SYARAT AKADEMIK
1.
Memiliki Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya
2.
Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.5)/ TOEFL (100/120) / MUET Band (5.0)
3.
Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor bagi calon pascasiswazah
BIDANG PENGAJIAN
A.SKOP SMART SELANGOR
i. Governanceii. Energy and Utility
iii.Water Managementiv. Waste Management
v. Building and Housingvi. Transport and Mobility
vii. Safety and Securityviii. Healthcare
ix. Disaster Managementx. Food and Agriculture
xi. Education
B.Bidang-bidang berkaitan
i. Human and Social Developmentii. Culture and Heritage
iii. Manufacturingiv. Environment
v. Businessvi. Retail
vii. Commercialviii. Technology
ix. Communicationx. Islamic Affairs
JENIS PEMBIAYAAN
i. Pembiayaan bagi biasiswa berbentuk Biasiswa Penuh merangkumi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun penginapan dan lain-lain elaun.