PBULN (Top100 Universities)

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan pinjaman boleh ubah dan biasiswa penuh untuk yang layak bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah (PhD) di 100 Universiti terkemuka (mengikut ranking by Subject tahun semasa QS World University Ranking). Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.

SYARAT AM
1.Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
i.Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
ii.Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
iii.Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih sepuluh (10) tahun di Selangor.
2.Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
3.

Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

4.Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa
5.Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif
6.Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain
7.Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan
8.Sihat tubuh badan
9.Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah
10.

Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan

11.Universiti yang ditawarkan perlu tersenarai dalam Top 100 QS World Ranking tahun semasa mengikut bidang-bidang yang disenaraikan
SYARAT AKADEMIK
1.
Memiliki Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya
2.
Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.5)/ TOEFL (80/100) / MUET Band (4.0)
3.
Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor bagi calon pascasiswazah
BIDANG PENGAJIAN
A.SKOP SMART SELANGOR
i. Governanceii. Energy and Utility
iii.Water Managementiv. Waste Management
v. Building and Housingvi. Transport and Mobility
vii. Safety and Securityviii. Healthcare
ix. Disaster Managementx. Food and Agriculture
xi. Education
B.Bidang-bidang berkaitan
i. Human and Social Developmentii. Culture and Heritage
iii. Manufacturingiv. Environment
v. Businessvi. Retail
vii. Commercialviii. Technology
ix. Communicationx. Islamic Affairs
JENIS PEMBIAYAAN
i. Pembiayaan bagi pinjaman berbentuk Pinjaman Boleh Ubah dengan kadar yang telah ditetapkan berdasarkan negara-negara yang tersenarai di dalam 100 Universiti Terbaik (QS World Ranking) tahun semasa.


ii. Kadar pinjaman bagi Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara (Top 100) berbeza dan dipertimbang berdasarkan negara pengajian, lokasi bandar, dan lain-lain faktor.


iii. Kadar pinjaman merangkumi Yuran Pengajian, Elaun sara hidup, Elaun Buku dan lain-lain elaun.

* Kadar pinjaman akan dikemaskini mengikut keperluan dan perubahan tahun semasa.

PENGURANGAN BAYARAN BALIK
i. Pembiayaan pendidikan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah merujuk kepada pengurangan bayaran balik berdasarkan CGPA/ keputusan akhir pengajian. Kadar diklasifikasikan seperti di bawah:


A. UNITED KINGDOM

SKOR PERATUSAN
PENGECUALIAN
70% HINGGA 100%
100%
60% HINGGA 69%
50%
59% DAN KE BAWAH
0%


B. UNITED STATES

CGPA
PENGECUALIAN
3.75/4.00 HINGGA 4.00/4.00
100%
3.50/4.00 HINGGA 3.74/4.00
50%
3.49/4.00 DAN KE BAWAH
0%


C. AUSTRALIA

SKOR PERATUSAN
PENGECUALIAN
85% HINGGA 100% (HIGH DISTINCTION)
100%
75% GINGGA 84% (DISTINCTION)
50%
74% DAN  KE BAWAH (CREDIT)
0%


D. PERUBATAN/ MEDICAL

i. Penerima di dalam bidang perubatan dan pergigian yang lulus pengajian dalam tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan pengecualian bayaran balik sepenuhnya.

ii. Penerima yang gagal menamatkan pengajian dalam tempoh masa ditetapkan perlu membuat bayaran balik seperti yang ditetapkan di dalam perjanjian TKWBNS.


E. DOKTOR FALSAFAH/ PHD

i. Penerima di peringkat PhD/ Doktor Falsafah yang lulus di dalam tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan pengecualian bayaran balik sepenuhnya.

ii. Penerima yangg gagal menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan perlu membuat bayaran balik seperti yang ditetapkan di dalam perjanjian TKWBNS.


KADAR BAYARAN BALIK
Jumlah Pinjaman
Kadar Bayaran Balik Bulanan
Tempoh (bulan)
RM5,000 dan ke bawahRM13921 - 36
RM5,001-RM10,000RM15732-64
RM10,001-RM15,000RM19053-79
RM15,001-RM20,000RM20972-96
RM20,001-RM25,000RM22191-113
RM25,001-RM30,000RM239109-131
RM30,001-RM35,000RM247122-142
RM35,001-RM40,000RM261134-154
RM40,001-RM45,000RM273147-165
RM45,001-RM50,000RM283159-177
RM50,001-RM60,000RM333151-180
RM60,001 dan ke atasBergantung Jumlah Pinjaman180